PENGAKUAN PENGGUNA SUSU C2JOY DARI PESAKIT THYROID

Image result for thyroid

Apa itu kelenjar tiroid?

Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di hadapan leher anda dan ia menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan.

Jika tiroid anda tidak berfungsi secara normal, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan anda kerana ia memainkan peranan penting untuk memastikan anda kekal sihat.

Jadi, penting untuk anda tahu bagaimana untuk mengesan tanda-tanda masalah tiroid.

1. Sentiasa penat
Bagaimana untuk mengesan masalah tiroid? Lihat 12 tanda-tanda ini! 

Kelenjar tiroid anda biasanya akan mengawal metabolisma yang memberi kesan pada berat badan dan tenaga anda.

Jika kelenjar tiroid tersebut tidak berfungsi, anda mungkin akan cepat merasa letih walaupun mendapat tidur yang cukup.

2. Perubahan emosi 
Apabila kelenjar tiroid anda terlebih atau terkurang menghasil hormon yang diperlukan untuk megawal metabolisma, anda akan mengalami perubahan emosi, kebimbangan atau lebih teruk lagi, kemurungan.

Hati-hati dengan tanda ini!

3. Sembelit 
Tiroid yang kurang aktif telah ditemui antara penyebab sembelit. Tapi, tiroid yang terlebih aktif pula akan menyebabkan anda cirit-birit sepanjang hari.

4. Berpeluh tanpa sebab 
Badan akan menjadi keliru apabila tiroid tidak menghasilkan hormon yang cukup untuk mengawal pengeuaran tenaga dan akan menyebabkan anda berpeluh tidak mengira masa.

Anda mungkin akan merasa panas apabila berada di bilik yang sejuk.

5. Masalah berat badan
Kenaikan berat badan selalu dikaitkan dengan tiroid yang kurang aktif, ia adalah gejala biasa bagi masalah tiroid.

Jangan biarkan berat yang anda tengok di penimbang merisaukan anda, kerana mengira peratus lemak lebih tepat untuk tahu ukuran sebenar berat badan anda..

6. Perubahan selera makan 
Tanda lain bagi masalah tiroid termasuklah perubahan apabila anda merasa makanan. Apabila badan anda tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, ia tidak boleh menghantar isyarat yang tepat pada nutrisi yang diperlukan.

7. Rambut gugur 
Menurut Pengasas Tiroid British, jika anda sudah menunjukkan yang anda mengalami masalah tiroid, anda akan mengalami masalah keguguran rambut.

Ini terjadi kerana badan anda keliru dan mula menghantar sumber ke bahagian tubuh badan yang salah.

8. Sakit badan 
Gangguan tiroid boleh menyebabkan kesakitan lebih-lebih lagi jika anda mengalami arthritis kerana tiroid yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih teruk.

Sakit yang lain termasuklah sakit otot. Dalam beberapa kes, sakit boleh menjadi lebih teruk di kawasan leher tempat letaknya tiroid.

9. Ketulan di bahagian leher 
Jika anda mula merasa ketulan di bahagian leher, ini mungkin tanda masalah tiroid. Anda patut periksa kerana ia mungkin hanya goitre, tiroid besar tetapi normal atau ia mungkin adalah kelenjar limfa.

10. Kulit kering 
Jika anda mengalami tiroid yang kurang aktif, ia boleh menyebabkan badan anda tidak berpeluh dengan cukup.

Jika kulit anda kekurangan pelembab, ia akan mengakibatkan kulit kering, bersisik atau gatal.

11. Tekanan darah tinggi 
Sama ada tiroid anda menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit, ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Walaubagaimanapun, menurut Persatuan Jantung Amerika, kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui apa penyebab sebenar kenaikan tekanan darah.

12. Perubahan kitaran haid 
Tanda lain masalah tiroid adalah termasuk perubahan mendadak pada kitaran haid, walaubagaimanapun, ini bukan penyebab utama kepada penghasilan hormon tiroid.





PENGAKUAN PENGGUNA SUSU C2JOY 

1 comment:

  1. Jika saya cirit birit selepas minum susu ni, bagus ke tak ya? sekali ja cirit birit, lepastu okay ja

    ReplyDelete