PENGAKUAN PENGGUNA SUSU C2JOY DARI PESAKIT SENDI & TULANG


Nak sharing hari ni pasal kita punya Joint yang mesti dijaga. Sakit sendi ni dia tak macam sakit lain, jarang-jarang datang.

Bila dah datang sakitnya, mau tak berjalan kita yang menanggung sakit. Sendi kita tak sihat masa tu.. Biasanya golongan yang banyak terlibat dengan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga fizikal mudah nak kena masalah ni. 

Masalah joint ni , mungkin kita boleh faham sebagai salah satu masalah radang sendi dan ia juga berpunca daripada aktiviti pemakanan kita yang boleh menyumbang kepada sakit sendi ni. 

Jadi kita  kena elakkan 5 jenis makanan ni kalau nak elak sakit sendi tu datang. Minumlah banyak air untuk proses membaik pulih sistem dalam badan kita.

1. Makanan bergoreng.

Kita ni boleh kata hari-hari makan makanan bergoreng kan, mana boleh nak elak, ok tak la cakap kena stop terus. Kena kurangkan aje, makanan bergoreng ni dah memang terbukti memang menyumbang kepada sakit radang sendi. Selain tu, makanan yang dah diproses juga boleh jadi penyebab juga , contohnya makanan frozen food tu.

2. Gula, karbohidrat tinggi.

Gula adalah bahan mengandungi asid dan menyumbang kepada peningkatan toksin AGE. Toksin AGE ni la yang bawa masalah keradangan ni. Elak makanan yang manis-manis ye macam gula-gula, makanan proses dalam kotak,air soda. Kalau tak jaga, lama-lama boleh jadi atritis uiii.

3. Kurangkan pengambilan produk tenusu.

Produk tenusu boleh buat kita sakit sendiri sebab sejenis bahan protein yang ada dalam produk tersebut. Bagi yang sensitif, mudah nak rasa rengsa pada tisu sendi . Cuba elak pengambilan protein seperti sumber daging dan tenusu, dan  boleh ganti dengan sumber seperti sayur-sayuran seperti bayam, kacang dan lain-lain.

4. Rokok dan Alkohol.

Rokok dengan minuman alkohol , takde sebarang kebaikan, tak kiralah untuk masalah kesihatan apa pun, semua effect tau. samalah jugak untuk masalah sendi. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk kena masalah sendi ni.

5. Garam, bahan pengawet.

Banyak makanan yang kita makan ada bahan garam yang tinggi dan bahan pengawet. Tujuannya untuk makanan tu lebih tahan lama. Tapi kesan dari bahan tu bagi kesan kepada kesihatan sendi kita. Cuba baca label pada produk tu, kalau kita jaga pengambilan garam dan bahan pengawet yang berlebihan ni, boleh bantu kita kurang kan risiko sakit sendi ni.

Suka tak dengan sharing susu C2joy hari ni, kalau best, share lah ya..




PENGAKUAN PENGGUNA SUSU C2JOY 

3 comments: